Di sini tenaga profesional muslim dilahirkan. KUIS sebagai peneraju tradisi ilmu, merupakan sebuah institusi yang mengutamakan pembentukan peribadi ke arah jiwa yang mukhlis, mukmin yang mengabdikan seluruh diri dan hidupnya kerana agama, dan muslim yang sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan duniawi dan ukhrawi seterusnya menjadi hamba Allah SWT yang bertaqwa. KUIS sentiasa penyajikan pendidikan holistik berfokus kepada pembangunan sahsiah, bi'ah solehah, khidmat ummah, qudwah hasanah, kecemerlangan akademik, dan pembentukan insan taadib.